nak dijadikan cerita, kalau post sebelum ni ak kate dpt 2 interview dlm masa sebulan mmg silap. rupa2nya ada lagi interview yg aku dpt tahu last2 minit! hihi..kalau nak tahu kisah iv lepas, leh baca kat sini KKM VS SPA. so teruja utk balik iv tu ak p beli tiket siap2 pegi balik..17hb balik dan 21hb balik penang semula. yelah, ms aku balik 17hb tu pun blom tentu lg cuti aku lulus utk 18hb tuh. ahhh lantaklahh~xkire, ak nak balik jgk! ok, cerita interview PT (KEW) tu aku buat post lain k..orait, kita sambung..tup2 lepas iv je dlm 19hb tu ak dpt msg di hp yg ak dipanggil temuduga utk pembantu antidadah plak pd 22hb April! so dlm ms 3 hari lg?? alamak..what should i doo! gelabah sebentar la ngn mak2 ak oi. dah la tiket dah beli..pikirkan cuti lagi la sakit kepala. dah xlarat nak mention kt TL dan OM nak apply cuti lg. depa pun dah nek menyampah kat aku kot. ak pun lagi2 menyamph ngan depa! tak sabar nak dapatkan keja lain! hahahah #ok stop membebel ok!#
aku cuba call spa ptrjaya utk tukar tmpt iv..malangnya ms msg tu smpai sudahpun hari jumaat ptg..ak call ptjaya xda sapa angkat. dan hari iv adalah isnin..office pun bukak ari isnin..dahla msg bg last minit..surat iv ataupun email notification awal2 pun takdak! ni yg ak nk mrh ni..aku pun cuba la google2 kt web spa cmanalah nak contact depa ni..try shoot email lah mna tau ada org balas. ak pun try la shoot kt sorg pompuan ni. dia reply..tapii..boleh pulak dia kata dia cuti bersalin 90 hari. pastu suh ak cuba contact org lain. so what? abestu yg p letak nama hg dlm contact person tu knapa? kau igt smua org tau ko tgh brsalin ke? hahahaha..spoil my mood. so ak mls dh nak email org lain..takpelah, ari isnin nnt cuba jelah call. walaupun syarat nak tkr tmpt tmuduga adalah inform 2hari sebelum. ahhh mmg cilakak la kn..hahahha #stop membebel lagi#
so, pikir punya pikir..aku pun pasrah laa utk menolak iv tuh..dgn harapan kalau ada rezeki tak kemana. mungkin this time bukan utk aku. so ak ttp akan balik penang 21hb tu..alasan? mls nak ngadap bos lg dan tiket dah beli, kang rugi kene beli lain, hahaha. ari isnin tu ak call dr tmpt keje. office boy yg angkat..dh la layan cm taknak layan je ckp ngn org. ak sbg cust service sdri rse cm nk lempang je bdk tu. tak cuba nak membantu lgsung..dia suh ak call no sekian2. tp bila ak call xd org jawab lgsung. cuba bkali2 pun tak dpt. ak call mak ak nak mngadu nasib..ma ak kata surat iv tu baru smpai. oh damn, smpai pd haru temuduga! bgs sgt la kan pengurusan kamu spa. hahahaha nk tergelak pun ada. so, ma ak kate its ok lah xde rezeki kot. tunggu jelah jawapan PT (KEW) yg hari tuh..k, mama..anything u sayy..so aku lupakan saja hasrat itu..
2-3 hari berlalu..jeng3, pd hari khamis tuh 25hb ak nmpk signbord kt tgkt 3 bgunan komtar tmpt ak keje tu bhawasanya esok 26hb ada temuduga pembantu antidadah tingkat 47. hahhh? terbeliak mata seakan tak percaya. really? kalau betullah ap yg ak nmpk ni ak mgkin bleh iv kt cni je esok! dan kebetulan lagi..esok aku mmg cuti #disebabkan management takmau cancel cuti aku# apalagi, aku terus call spa. harapan bukan bdk laki tu lg yg angkat. haa, nasib baik pompuan yg jwb..ak citerla mslh ak dr a-z..dia pun paham dan cuba tlg ak. last2 ak terima surat pertukaran tmpt iv ke komtar esok 26hb April..yeyyyy! im so exited..seakan ada satu jalan yg Allah dah tetapkan ttp kita taktau kan! aku kagum skali lg..mungkin hikmah drpd kesusahan aku nak apply cuti tu, pstu nak cncel balik. hikmah bermasam muke dgn TL, redha jika xdpt pergi..akhirnya satu2 jalan dia bukakkan semula. Syukur ak dpt p iv tuh..alahh, bukan dpt lg pun. tapi ak tak kisah yg penting kita dah mencuba sedaya upaya kan! result iv nnt ak buat entry lain sbb skrg blum kuar result utk kedua2nya lagi..hihi
so, dengan kelam kabutnya esok dh nak iv..mlm tu smpt lgi kuar mkn char koteaw ngn auty! ms tu dgn sjil aku blum ambik lg kt umh mak, sjil tak ptostat lg..ksian my hubby kui 10 balik ambik..dia siap bwk ngn printer+ scanner lg. tkot kdai ptostat dh ttup. amekkn bju, kasut, lptop..time kasih byk2 syg! mlm tu smpat la jgk google2 mngenai antidadah bagai..huhu! pg tu kelam kabut nk cari kdai ptostat sbb salah satu sjil xmuat utk scan..penat gile pusing2. yelah pg2 mana kedai bukak lg..uwaaa! so ak decide nk naik tngkt 47 dlu cuba dftar dlu ke..pstu trun cari balik. ms tu xrmai pun yg dtg..dlm 4-5org cmtu jek. ak mtk kebenaran tuk trun balik. last2 ak mtk tlg kak ecah utk ptostat kt office dia je. uwaaaa! ms tu gue dah tak larat nak cari kedai lagi..nsb bek kak ecah ada..time kasih byk2 kak ecahhhh! huhuhu..jasamu dikenang!
ak pun naik smula, ak tu trus pnggil ak utk dftar..dia kata lepas ni turn aku..tnggu loceng bunyi then ak msuk. alamak, dh la ak cm xready lg..dok kalut je dr pgi td huhu. ak mtk org lain p dlu dia kata xboley, dia ikut sapa dtg dlu..#menyesal lak dtg awal# hihi..dia kata takpe, klu dpt dia xtnya byk pun psl keje..dia tnya psl pngalaman je blablabla..so ak sengih jela dlm hati bdebar. so ak tukar kasut siap2 dan rileks tunggu loceng..few minutes later, loceng berbunyi..bermulalah sesi iv ak brsama 2 org panel. sorg laki sorg perempuan!
yg mula2 soal ak yg pompuan tuh. nama dia aku taktau. tp cntik dan sweet sgt! org mude gitew! hehehe. ms iv tuh punya la byk soalan yg dia tnya. mula2 dia tnya ak dh breakfast ke? pstu dia tnya nama singkatan yg dia boleh panggil aku. so, aku ckp pnggil nina je. hihi~~then dia kata since aku calon tukar tmpt temuduga, dia takde sgt details ak dlm sistem..so dia suh ak terangkan dari awal lah..ini antara flow soalan yg aku msih igt depa tanya~~
soalan dari panel wanita tuh:
1) ceritakan mengenai latar belakang awk, hobi
2) bapak kje apa, mak keje apa
3) bagaimana aku boleh beri sumbangan utk post pem antidadah ni
4) adakah ak tau mengenai skuad 1msia?
5) pendapat aku sejujurnya adakah dgn aku yg punyai dgree apply post ni telah menutup peluang candidate yg truly apply melalui spm sahaja?
6) ak aktif dlm bidang kokurikulm apa?
7) since aku ada dgree, knapa apply spm?
8) apa ciri2 yg ada utk berjaya?
9) jika aku berjaya ditawarkan, dan perlu posting ke tmpt jauh..boleh ke? sbb aku dh kahwin?
10) soalan last apa kelebihan yg ada pd aku utk jawatan ni..
soalan dari panel lelaki tuh:
1) memandangkan aku ni org bachok, kat mana pusat pemulihan dadah di sana? alamak...kantoi ak tak dpt jawab dgn tepat..hihi
2) pendapat aku, punca dadah semakin berleluasa di kalangan masyarakat skrg?
3) bagaimana aku nak membantu seorang penagih dadah?
4) mcm mana nak kenalpasti seorang penagih dadah?
5) bagaimana cara penagih menagih dadah?
6) mcam mana aku tahu pil ecstacy dan pil kuda dikatakan ' sesuai ' utk remaja? erkkk..
haaaa, tula soalan2 yg dihentam bertalu2 kat aku. nasib baik aku tak kering dgn idea dgn fakta dan goreng2 saje. harap tak hangitlah hahahahhaha. interview ak habis awal..kui 9.20 dh siap. jalan kaki naik bas dan ke feri..dari feri jalan kaki balik umah sbb myhubby keje pagi tak boleh pickup kt jeti..balik2 terus sakit kpala dan demam! huhuhu~sobs3..mgkin kurg rehat dan penat sgt! mlm tadi smpt myhubby basahkan bdn dgn air asam jawa dan dia kata dia dh bomoh sket2 hahaha. pg ni bgn alhamdulillah dah tak panas dh badan..yey! :)
aku rse aku dh buat yg terbaik utk semua ni. rezeki Allah Taala yg tentukan..aku terima semuanya! walaupun org kata tu post utk spm je, bg aku biarlah..nnt ada peluang kita naik utk pegawai pulak oke..buat ms skrg, yg penting bertapak dlm goverment dlu..nnt nak beli keta, beli rumah, hospitality, senang..betul tak? sejuk perut mak mengandung..taklah dia risaukan aku yg sorg2 je keje swasta dlm family..huhuhu! doakan ye. btw, my husband yg pegi iv pembantu syariah hari tu pun dh dpt keputusan. dan dia dpt antara 5 org calon simpanan 1 tahun. harap2 ada rezeki dia dpanggil jgk la ye..sama2 doakan kami. hope lepas ni ada rezeki anak pulak. aaaminnn! hehehe :)
Life is too short to wake up in the morning with regrets. So love the people who treat you right, forget about the ones who don't and believe that everything happens for a reason. If you get a chance, take it. If it changes your life, let it. Nobody said that it'd be easy, they just promised it would be worth it :)
Saturday, April 27, 2013
Sunday, April 7, 2013
interview kkm vs spa!
Dua minggu lepas, my hubby jemput dr tempat kerja. dia bgtau ada surat smpai drpd kkm. dia tnya, ayg ada minta krja ke? hihi..ak senyap je pastu pikir2 balik bila ak mintak ye? mungkin ms awal2 kawen dlu kot time bosan2 menganggur kt umah. hihi..dlm hati cepatla smpai umah. xsabar nak tgk surat tu! jeng jeng jeng...bukak2 surat je oh bru ak tringat ada apply utk post2 ni. tp bila tgk smula nak trgelak pun ada. rse trhina pun ada dgn jwtn yg ditawarkan hahahaha. tgk la title post yg ditawarkan!
sehari lepas tu, ak dpt msg drpd spa plak. utk interview pembantu tadbir kewangan plak! alamak..rezeki apakah ini? maksudnya ak kena balik utk 2x dlm ms sebulan. pokai omak wehh...aku bincg dgn my hubby and my mum. my mum kata, xyah balik la yg kkm tu..balik yg spa je. my hubby pun xbg blik. dia kata membazir duit tgh jalan je. haaa? hahahahha..lgpun klu ak dpt, nnt kene buli dgn org!haaaa?? alasan dia tu kannnn..rse nk cubit2 je. hahahahha..plussss, dia pun dpt temuduga spa pembantu syariah on the same day dgn kkm aku. so smggu tu ak dok berbelah bagi..skit kpala pikir nak balik ke tak...nk prepare utk dia skali. if aku balik trkontang-kntinglah diaa. and i need to be beside him alsoo! ermm..rse2 ak balik ke?
ada ke pemandu motobot? kkm pun agak2 lah nak panggil org temuduga..bg la yg berpatutan. Org pompuan pn bleh ke jd pemandu motobot? urrmm.mungkin silap ak jgk ms apply main tick je kot. tp mreka sbg agensi perlu la tapis semula permohonan dan pnggil calon utk jawatan yg layak dan sesuai shj. cmana kalau aku pergi dan dpt? bila i told my mum. dia p cerita kt mkcik2 ak. depa ckp post apa mengarut je. jwtn utk kazen ak yg xlulus spm tu bolehlahh klu nk compare ak yg ad dgree ni utk post tu. hahahaha. tapi takke itu kata2 yg agak keterlaluan? yelah..i mean skrg ni kan susah nak dpt keje. even yg ada dgree pun nak berebut2 dgn posts spm?
bila tnya kwn2..depa suruh balik jgk yg kkm tuh. sma sperti kata lubuk hati aku. interview keje krajaan beb! jangan lepaskan peluang. jarang org dpnggil interview tau. blablabla...depa xputus2 ucap tahniah sbb xrmai yg dipanggil tmuduga cm aku ni. dh bertahun2 keje di vads pun xdpt offer krajaan lg. huhuhuhu! soo, i need to consider all aspect. disebabkan iv tu pd hari rabu, nak2 aku kene ambik mc at least sehari sblm. tmpt keje ak ni klu mc mcm buat jenayah bunuh yg sgt besar! uwaaaaa..mencikkk! cuti pun sgtlah susah utk dpt. apply berkali2 pun direjectnya bgitu shj..uhuk ! (T__T) penat balik dr kl pun belum hilang lagi. nanti nak balik mengundi plak. haa, mcm2 point & alasan aku berikan kn..so, jwpn dh mkin nmpk..hehehhe betullah..ak tak balik utk iv tuh..mungkin bukan rzeki aku utk post2 tersebut!
so, aku terpksa lepaskan peluang iv kkm hari tu. sbb aku takot, if aku pergi skalipun dan ada rezeki dpt, aku tolak pula cm sblm ni. aku tak mahu pisang brbuah berkali2. penyesalan dlu masih berbaki2 lagi bila ak tolak tawaran kursus kejururawatan 6tahun dahulu..jika tidak ak msti dh jd pnjwat awam skrg kn! hehehe..tp Allah Taala juga yg bawa ak smpai ke sini. Jika ak pergi dlu pun, mungkin takdirku tidak lagi serupa skrg. Dia juga yg menentukan semuanya..kan kan? sedihhhh? aahh..rse trkilan la jgk...nak buat cmana, ak percaya setiap gerak geri yg kita lakukan, niat dan tidakan kita lakukan adalah petunjuk drNya..ak tak menyesal. ak yakin rzeki Allah yg tentukan!
now, my fokus utk iv spa 18hb ni..wpun aku msih pening dgn cuti yg belum diluluskan utk balik ke kg. huhuk! erm..arini ak dh start google2 mklumat yg dperlukan di sini TIPS BERGUNA INTERVIEW sangatlah bagus sbb dia byk info yg berguna sbg preparation kita! selamat mentelaah! hehehe tnggu next episod k..doakan sy dpt keje ni..tq uolsss! :)
Subscribe to:
Posts (Atom)