Pages

sponser! :)

Thursday, June 7, 2018

Operation Buang Hempedu melalui Laparoscopic Surgery

Assalamualaikum semua. Lama akk tak bersiaran. Tgk last post 3 tahun lepas ..Hahaha so since dahh ada laptop balik, bolehla akk bersiaran balik. Alhamdulillah banyak yang terjadi sepanjang 3 tahun ni..Jika ada yang pernah follow citer2 akk di blog, bleh la continue lepas ni..Mungkin akk akan jadi rajin balik untuk berkongsi. haha

So harini nak citer siket mengenai kisah batu dalam hempedu. Jumaat lepas akk selesai buang hempedu dah..So jadilah akk manusia tanpa hempedu hehe. Posting ni akk copy paste dari  fb akk jela ye..

Day 5 - Post Laparoscopic Surgery. Post sharing ni panjang sket. Siapa sudi baca, baca la.. Sape tak suka bleh skip laju2 tau.. Hehe. Alhamdulillah feeling better. Dah bleh jalan laju sikit. Duduk bangun pn dah tak sakit sangat. Lubang2 luka pun makin baik. Siapa sangka sebanyak ni batu dalam hempedu akk. 74 bijik semuanya.




Dr kata bleh buat tasbih..emm pandai Dr berseloroh.. 😌😌
Lepsni hrp2 akk dah xsakit bila makan. Klu x, bila time ada xkena tu mkn apa2 mesti rasa sengkak, sakit sampai ke blkg..Berhari2.. Bila sakit sangat tu smpai nafas tercungap2 berpeluh2 smpi bleh bguling2 huhu.. 3x akk msuk hosp sbb ni. Last year bln 10, lpstu bln 3 dan aritu hujung bln 5..Dlm dua bulan pun dia jadi lagi. Kali ni dr really suggest utk buang. Dia tnya klu awk tak buat, sblm rya ni jd lg. awak nak beraya kat hosp ke? Huhu....soalan tu akk xboleh tahan. Terus akk setuju! 😭😭😭😭😭

Bila igtkn balik sbnrnya dah lama akk rsa simptom tu. Mgkin dr zaman belajar or sekolah lagi..kerap berangin, sendawa, kembung..Makan ssh nak hadam. Simptom dia hampir sama dgn gastric. Lately dia jadi lebih kerap sbb mgkin batu makin besar or banyak.
Dr kata risiko nak jadi lagi mmg tggi sbb drpd ultrasound before, dh nmpk multiple stones. Kalau awk tak buang dan nnt akn efek pankreas dan hati awk lagi nanti. Bila batu tu jatuh ke duktus yg menyekat laluan pankreas, pankreas awk akn jadi bengkak lagi mcm sblm ni. Enzim bleh tembus kna organ lain dan boleh mengancam nyawa..Ada kes pesakit meninggal tak sempat buat apa2.. 😭😭😭 Hmm..Lama akk fikir nak proceed ke x.. Tp, bila teringatkan azab ms sakit dan kesan kedepan, akk setuju jelah.. Jika ni ujian dariNya, akk tawakkal dan redha je.


Selesai pembedahan 2jam stgh.. Dr kata semua ok, straight forward dan xde komplikasi apa2.. Alhamdulillah syukur..Time ksih Mr Husbnd ulang alik hosp jaga akk.. jaga oyum lg. Family semua yg bagi sokongan dan semua yang mendoakan kesihatan akk, dtg melawat dan juga yang mendoakan dr jauh.



Smlm akk p amek bil dan deposit. Semua fully cover.. Alhamdulillah.. Akk xkeluar duit sesen pun. Terima kasih juga kpd pencarum2 Aia Takaful krn sbhgian drpd sedekah ampa juga yg byr bil hospital akk berjumlah Rm21k lebih ni. Tanpa sedar, Allah bagi pahala berganda pd kita semua..Pahala Ramadhan! 😍

Pesan akk, hampa kt luar sana jaga la kesihatan ye. Kita xtau dan xnmpk apa yg berlaku dlm badan kita. Skli skala klu bleh buat la full checkup. Dulu akk jaaarang sangat sakit or demam sekalipun. Tup2 bila msuk 30 an ni.. belambak plak batu terkumpul. Dr kata batu dlm hempedu ni smua org bleh ada.. Cuma dia mengganggu penghadaman kita atau x je. Depa tnya akk makan batu ke? Huhu..ssh akk nk jawab tu.. 😓😓
 
So just be prepare.. Klu blum ada Takaful lagi ambil dr skrg. InsyaAllah klu ada emergency apa2.. smua bleh dibuat dan didiagnose dgn cpt. Kita akn rasa nikmat sihat bila kita sakit. Trust me!
Harini Allah tnjuk contoh melalui akk sendiri..Akak anggap satu ujian dr Allah sbb dia nak bg pahala banyak kat akk dan satu pengalaman yg tak semua org terpilih. Doakan kesihatan akk semakin pulih ya.. Terima kasih smua.. 😊😌
“Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang beriman.” (QS. Ali-Imran : 139)

#NinaAiaPublicTakaful #GallBladderRemoval #LaparoscopicSurgery #PantangKer
#OwnTestimony #FullCoverage #MedicalCard #Alhamdulillah


Nina
011-37112292
Aia Premier Life Planner

Monday, January 19, 2015

Welcome 2015

Assalamulaikum..
alahai lamanya xupdate blog..
blogwalking sat-sat tak sempat nak tulis apa2 pon.
kadang2 je jenguk. 
malam ni rasa nak menaip siket. hihi..apa khabar semua? aku tanya apa khabarr...hihi

(juara AJL plak mlm ni..kebetulan bru lepas habis)

ermm..tak sempat nak update. its been a year i think..
maklumalah anak dah makin membesar. 
perangai pon dah makin macam2. makin byk akai. tgk la perangai nya ni.
pagi2 dah dah menguji kesabaran umi..nak masuk pintu masa jmpa doremon kot. huhu



punya la dia keluarkan semua brg dalam drawer tu. sebab?



sebab dia nak masuk dlm tu..alahai. akai tak padan dengan umo. tak masuk 11 bulan pon lagi..


apa2 pon ak tetap bersyukur..dapat lihat dia membesar dgn sihat di depan mata. semoga dia menjadi anak yang soleh, bijak, dgr cakap umi abi dan org tua. ok, anak pon dah sedar dr tido..jom kita pon tido sama. dah pkul 12am dah. goodnight semua! :)







Sunday, February 16, 2014

jualan murah kain italian digital berbatu

assalamualaikum. ada sesiapa mencari kain italian digital berbatu pada harga yg murah? NISYA'S COLLECTIONS ada. ni antara design yg ada. fresh lg tau. smlm baru ambil dgn supplier! berminat boleh sms 0132668352/pm facebook NISYA'S COLLECTIONS/whatssap kami 01137112292 ye! ni antara design yang ada. have a look ok! :)



yg ni italian digital gred aa hanya rm45 shj termasuk pos utk SM. SS rm50 shj


yg ni kod dg aaa kain lebih berkualiti tp harga sgt berbaloi rm55 sahaja SM dan rm60 SS. kat luar ada yg jual rm70 tp di nisya's collection kami tawarkan harga terbaik utk anda semua. singgah la page kami. kalau belum like, mohon like ye. TQ hehe :)

Saturday, February 8, 2014

9th month pregnancy. saat2 akhir kehamilan sulongku :)

hari ni dah 37mggu +3hari. means? dah lebih 9 bulan dah mengandungkan si kecik dlm perut ni. hehe..ramai kawan2 kt tempat kerja tanya bila due? bila due? kdg2 org yg sma je tnya. rasa cm dh tak larat nak jawab..hahaha. mungkin depa tgk aku dah makin sarat tp dok p keje lg. hahaha. act aku pun dah mls gila nak p keje. tp dek kerana tnggungjawab tpksa gagahkan jugak la. walaupun last2 weeks ni kene p keja sdri, jalan kaki naik feri dan bas sbb hubby takleh hntr sbb dia perlu keje pg utk prepare kalau2 aku emergency..huhu. so hari-hari dok kire + pangkah klendar bila nak start cuti. 


jadual dalam sistem open wave

kalau ikutkan kalendar ni, lg smggu lg gua kerja. tak larat sgt dah rasanya walaupun due 26hb. huhu :) tapi alhamdulillah dpt suami yg sgt2 memahami dan penyayang. always happy with him. dia tau aku dah makin tak larat. dia selalu masakkan bekal utk kami. hntar dan amek ak kerja walaupun dia sdri pun kepenatan dan trkejar2 masa. tq so much syg. i always appreciate what u did for us. mmuah2 hehe :)

baby pun aktif semacam je, mgkin ruang dah makin mngecik..kadang2 bila dia gerak rasa senak je dlm perut ni..malam2 ummi slalu tak lena tdo. asyik nk terkucil, kaki bengkak, badan mengembang, berat naik. sume tak kene. hahaha. klu bleh nak suh baby cpt2 kuar, tp nnt dh tak rse pngalaman ni dah. lg satu prsaan takot, nerbes pun semakin menebal smpai trmimpi2 branak. hahaha cmana la nak teran nnt ek.harap dpermudahkan olehNya lah huhu. aminn :)


Saturday, January 18, 2014

8th months pregnancy :)

hello 8 bulan! sbnrnya dh lebih 8 bulan pun. mggu ni 34 mggu dah pun. hihi..anyway, sedang menikmati saat2 terakhir pengalaman mengandung ni. tnggl sbulan cmtu je lg. huhu mcm2 prasaan ada..exited, tak sabar nak tgk baby, takot, risau, sedih..sume ada. sedih sebab nnt bila baby dh kua xrse pngalaman mngndung lg hihi. insyaallah utk baby no-2 plak. aminn

anyway, last week kami ada buat scan 4d di klinik di POLIKLINIK AL-HAHFIZ kota bharu. time tu kebetulan balik kampung. my mum ada buat kenduri maulud+smbhyang hajat utk aku n baby jgk. mtk dipermudahkan sgalanya2..utk pengetahuan, klinik ni dikendalikan oleh 2 org doc. sorg doc laki dan sorg doc pompuan. i guess they are husband-wife. yg laki dia serve utk pesakit luar, yg bini dia serve utk scan ni. klu nak scan kne buat appointmnt dulu. waktu scan jumaat dan sbtu je. 8pm-11pm. aku aritu buat app 2 mggu awal. hihi alhmdulillah ok je..cas utk scan ni rm100 je skali cd. dia amek masa scan dlm 30min sorg cmtu. snap byk2 gmbr buh dlm cd. puas hati jgk la hehe. aku ada survey gak kat penang ni. kt KPJ PERDA dlm rm150-200 cmtu. KLINIK PAKAR WANITA TAN kt jelutong rm130 cmtu. so, dh alang2 balik kg, buat kt kampung je la kan. save! hihi

ni antara gmbr 4d yg dr snap. babyku tidorr je ms scan tu. so gmbr yg dpt lebih kurang je. maklumla time tu dh kui 9pm.

hih nmpk gambr ni mcm tgh riau je..hahaha


nmpk tak mukenya cm sape. hahaha. bambam kan baby ummi ni. hihi tapi scan aritu baru 2028g..org dok tgk2 dia pun dok tidooo je..baik je anak ummi ni kan. suke tdo ikut ummi dia kot. haha

bila tgk gmb2 ni rse cm tak sabar plak nk tgk dia. nama pun dah ada..barang2 baby insyaallah dh complete 95%. cuma brg ummi je yg taktau nak bli ape lg. set bersalin tak beli lg..sbb taktau nak beli jenama apa.igt nak beli tanamera mulanya, tp review rmai cakap nona roguy ok. ermm, so hold dlu. tgk la yg mna terbeli nnt. hihi..hopefully dpt deliver normal. nnt boleh pakai bengkung, nak rmping semula mcm dlu2 hihi. 

utk memudahkan bersalin,stakat ni ak cuma amalkan minum air al-syifa, vco compressed jenama tanamera, dan minum air rendaman sanggul fatimah. tp tu pun minum jarang2 je sbb rasa dia meloyakan. haha..anggap la sbg usaha utk memudahkan bersalin je. sbb semuanya dah ditentukan oleh ALLAH SWT..jadi kawan2 doakan sy slmt melahirkan baby sulung ni ye. mtk maaf kalau ada salah silap, halalkan semua makan minum ak ye. time kasih! hehe :)