Pages

sponser! :)

Wednesday, December 14, 2011

kisah sang hati :'(


mari kita bebrbicara tentang hati siket malam ni nak? sbb hatiku tgh tak keruann. banyak benda nak dfikirkan. hum hum. kalau lah ade orang faham kan..then aku jmpe artikel ni. mmg sesuai sangat lah..

-->>hati itu sifatnya bebolak balik. ada ketika rasanya manis, ada ketikanya rasanya masin dan masam. pelbagai rasa yang dirasa. begitulah kehidupan. penuh suka dan duka. sang hati jua yang menanggung derita. derita di hati tidak siapa yang tahu. memendam rasa dan sengketa.

-->>dikala hati mula resah gelisah, manusia akan mula mencari makna. mencari makna yang dapat melunaskan perasaan yang ada. namun, dalam mencari, jalan yang dilalui seakan tidak selari. mula berbisik sang hati, tiada yang memahami.
mencari dan terus mencari agar ada insan yang memahami, namun, tidak juga ditemui. pencarian tetap diteruskan, mula mendongak ke langit Ilahi. mengharapkan belas Ilahi. namun, kecewa yang ditemui. kecewa melanda, seolah-olah, Ilahi tidak mendengari.

-->>oh, begitulah hati. bongkak dengan Ilahi. melupai nikmat dari Ilahi. tidak disedari, bukankah hati itu juga kurniaan Ilahi? lupa dan alpa akan Tuhan disisi. mula mencari ruang-ruang menjauhkan diri dari Ilahi. larilah sejauh langkah, tidak akan mampu jua kau langkahi.

-->>lupakah dikau dengan janji Ilahi..? hadi Qudsi yang berbunyi "Aku bersangka sepertimana y Hamba Aku Sangka" Janji Allah itu pasti ! usah ragui wahai hati.! bukan Allah xtahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIa mahu krn Dia tahu, hati sebeginilah yg selalu lunak dan mudah untuk dekat dan akrab padaNya"

p/s: kalaulah hati itu tiada berburuk sangka, tentu saja senang mangatur hidup ini :(

No comments:

Post a Comment